![]() |
Entry About Stuff Friends Follow D'Board |
Owner
Contact Me
Shout
|
![]() ![]() ![]()
Bismillahirrahmanirrahimm..
Assalamualaikum wahai bakal bidadari syurga sekalian
Mlm ni sy akn wt sdikit pkongsian..moga2 ad sdikit manfaat yg bole kte dapati dr ap yg bakal sy kongsikan
kita sedia maklum bahawa cinta itu adalah fitrah .
Tetapi yang fitrah itu akan ternoda jika kita tak menguruskannya mengikut syarak. Mungkin diantara kalian pernah bercouple mungkin juga tidak . Malam ini ana akan sharekn beberapa point mengenai cinta & couple . In shaa Allah .
🐝 Keharusan bercinta .
Kita kena ingat sebelum kita mencintai manusia kita haruslah mencintai Allah & Rasul . "Tidak sempurna iman seseorang jika tidak mencintai Rasulullah melebihi daripada cintanya kepada manusia lain, walaupon kedua-dua ibu bapanya mahupon isteri dan anaknya". Bagaimana cinta kepada Allah dan Rasul dapat dizahirkan . Antaranya dengan melaksanakan apa yg diperintah oleh Allah dan Rasul-Nya.
🐝 Bercinta sebelum kahwin atau perkataan yg lebih fhm "bercouple".
Ada pro dan kontra dalam persoalan bercinta sebelum kahwin .ad yg stju dn ada yg menentang.tidak di nafikan ramai pasangan yg sedang bercinta,mencari cinta dn menanti cinta .cinta adalah rasa dan perasaan dalam hati .ia suatu fitrah . tetapi pada akhir zaman ini kita dapat lihat bagaimana pasangan bercinta . Bebas melakukan apa saja tanpa memikir kn hukum syarak . Jika cinta dijaga dengan hukum syarak,maka cinta sebegini adalah harus . Perlu di ingat, keberkatan kehidupan berkait rapat dgn kehidupan seseorang . Jika dijaga hukum syarak dengan baik ,maka in shaa Allah hidupnya berkat . Jika tidak , sebaliknya . Oleh itu, ada ungkapan 'setiap saat pasangan itu bercinta, maka hilang keberkatan '.
Bagi mendapatkan keberkatan,maka kehidupan hendaklah berpandukan syarak.cinta yang dijaga dengan hukum syarak bersifat harus . Mungkin ada kebenaran ungkapan sebegini . Berkat adalah limpahan kebaikan daripada Allah . bagi Mendapatkan keberkatan,maka kehidupan hendaklah berpandukan syarak . Contoh , keberkatan makanan yang sedikit namun jika dikongsi akan mencukupi untuk beberapa orang.
🐝 Teringat si dia ?
Dalam rasa bercinta , pasti akan wujud perasaan dn ingat kan si dia . Nampak nauu nipunye tu kalau tak teringat kan .hihi .oke kita teruskan . Adakah perasaan teringat si dia merupakan satu kesalahan ? Mesti kalian pernah tertanya2 kan . Dalam hukum agama , tidak salah untuk teringatkan kepada seseorang. Itu adalah perasaan yang normal. Tanpa perasaan ini, bagaimana insan akan bernikah . Cuma bagaimanakah had ingatan tersebut ? Secara dasarnya, sekadar ingatan adalah harus. Namun jika ingatan itu sudah melampaui batas maka boleh membawa kepada dosa . Antaranya, jika ingatan tersebut membawa kepada perkara haram seperti sanggup menghabiskan masa berbual, berSMS dan sebagainya dengan waktu yang panjang.
🐝 Zina hati
Mungkin kalian tertanya lagi , apabila kita sering teringat kn si dia adakah ia termasuk dalam zina hati ?
sekadar teringatkn seseorang adalah harus dan tidak mengapa . Ingatan itu satu tanda bahawa wujud perasaan kasih sayang . Namun jika ingatan tersebut melampaui had yg diharuskan dengan membayangkan tubuh badan seseorang , berkhayal melakukan seks dan sebagainya maka perbuatan itu akan bertukar kepada dosa. Nabi SAW telah bersabda : bagi setiap anak Adam ada bahagiannya daripada zina.Dua mata berzina dan zinanya dengan melihat(perkara yang haram).Dua tangan juga berzina,dan zinanya dengan menyentuh dan memegang.Dua kaki berzina, dan zinanya dengan berjalan melangkah(ke arah maksiat).Mulut berzina,dan zinannya dengan ciuman.Hati pula bercita2 atau berangan2 dan kemaluan akan membenarkannya(zina) atau menafikannya.
Ana selitkan sedikit tanda2 bila dilamun cinta .Mesti ad yg dah thu .
tpi xpe ana nk sbutkn jga mngkin ad yg tak perasaan dengan tanda2 mcm ni hati berdebar apabila berjumpa si dia Selalu menyebut nama si dia sering mempertahankan si dia mata tidak lepas pandang kepada si dia sanggup melakukan apa saja demi si dia.
🐝 Tindakan orang bercinta.
Diyakini bahawa cinta dan bercinta adalah harus . Namun bagaimanakah langkah sebaiknya bagi golongan bercinta ? Adakah terus bercinta sampai puluhan tahun ? Dalam hal ini ,Nabi SAW bersabda : "kami tidak melihat bagi pasangan yang bercinta seumpama nikah"
(Riwayat Ibnu Majah,kitab an-Nikah). Jadi bagi mereka telah bercinta sekian lama maka hendaklah mereka bernikah dgn segera . jika tidak banyak maksiat akan berlaku atas nama cinta .
Akhirkata kita mempunyai pilihan cinta
🐣 menjadi penagih cinta Allah 🐣 menjadi penagih cinta manusia.
Bercinta tak semestinya bercouple ,
Bercouple tak semestinya bercinta, Peliharalah cinta dengan syariat . Semoga bermanfaat , in shaa Allah Waallahu a'lam .
🍄GengTudungLabuh🍄
#copypaste ![]() ![]() ![]() ![]() |
0 Comments:
Post a Comment